icon-search

Kerosakan kereta akibat banjir, dapat claim tak?

Kerosakan kereta akibat banjir, dapat claim tak?

Musim hujan melanda seluruh Malaysia pada setiap hujung tahun. Ini menyebabkan banjir kilat sering berlaku di jalan raya. 

Adakah kerosakan kereta akibat banjir, dapat membuat pampasan daripada syarikat insurans?

Menurut Persatuan Insurance Am Malaysia (PIAM), pakej insurans kereta basis tidak termasuk pampasan bagi kereta akibat banjir kecuali mereka yang ada menambahkan perlindungan tambahan, iaitu 'Special Perils'.

Special Perils ini merupakan perlindungan tambahan. Selain banjir, ia juga melindungi kereta daripada bencana alam lain seperti tanah runtuh, pokok tumbang atas kereta akibat ribut taufan.

Perlindugan ini boleh ditambah di polisi insurans komprehensif ('First Party') sahaja dan bayarannya adalah hanya 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan. 

Sebagai contoh, kereta anda diinsurans sebanyak RM70,000, anda hanya perlu menambah bayaran RM350 setahun untuk mendapat perlindungan ini. 

Sesiapa yang tinggal di kawasan kerap mengalami banjir dan risiko tanah runtuh, adalah digalakkan untuk tambah. 

Jom semak balik polisi anda sekarang!

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai insurans kereta, sila LIKE facebook page dan kunjungi ke www.roadtaxsarawak.com



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping