icon-search

Cermin Kereta Retak, Insurans Boleh Claim kah?

Cermin Kereta Retak, Insurans Boleh Claim kah?

Cermin kereta retak sering berlaku terutama projek Pan Borneo sedang dijalankan di sekitar Sarawak. Ini akibat daripada terkena batu dari belakang lori-lori besar kontraktor yang mengangkut tanah.

Anda dapat claim jika membeli insuran kereta yang komprehensif iaitu 'First Party'. Tetapi ketika anda menuntut insuran, ini akan menjejaskan NCD (Apa itu NCD?) dan memyebabkan harga insurans pada tahun berikutnya lebih tinggi. 

Jika tidak mahu menjejaskan NCD, anda dinasihati untuk semak sama ada polisi insurans anda sekarang telah menambahkan perlindungan untuk cermin kereta. Jika tiada, sila maklumkan kepada ejen atau hubungi syarikat insurans anda untuk tambahkannya.

Berikut merupakan harga cover untuk cermin
kereta (tidak termasuk SST) :

  • Cover RM500 – Bayar RM75
  • Cover RM800 – Bayar RM120
  • Cover RM1,000 – Bayar RM150
  • Cover RM1,500 – Bayar RM225
  • Cover RM2,000 – Bayar RM300

Dengan perlindungan tambahan cermin kereta, ia tidak akan menjejaskan NCD anda. Katakan anda membeli insuran cermin kereta RM500 dan jika kos membaiki cermin kereta adalah RM550, anda hanya perlu menambah RM50 sebagai bayaran. Jika RM500 dan ke bawah, anda tidak perlu mengeluarkan wang.

Kesimpulannya, anda dinasihati menambah perlindungan tambahan ini kerana kos sangat tinggi untuk membaiki dan menukar cermin kereta.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai insurans kereta, sila LIKE facebook page dan kunjungi ke www.roadtaxsarawak.com



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping